- Merancang dan menentukan jenis penubuhan, bilangan persatuan, kelab,pertubuhan beruniform dan sukan yang perlu ada di sekolah untuk diajukan kepada majlis perancang sekolah.
- Merangka dan menyelaras hari, masa dan tempoh untuk kegiatan persatuan, kelab, pertubuhan beruniform, sukan dan permainan
- Merangka dan mengendalikan program tahunan seperti kejohanan olahraga, merentas desa dan lain-lain yang diputuskan oleh majlis perancang / kerja sekolah.
- Merancang kegiatan atau aktiviti untuk menarik minat murid supaya cergas dalam program-program kokurikulum
- Merancang bajet yang terlibat dalam semua aktiviti sukan / permainan,kelab / persatuan badan beruniform dan aktiviti pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, negeri dan kebangsaan (KESSUMA dan MIISMAM).
- Menyelia dan mengelola papan pameran kokurikulum untuk pengetahuan umum dalam kawasan sekolah.
- Merancang dan merangka program dan aktiviti untuk murid-murid supaya dapat membentuk sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, berdikari, taat dan patuh kepada peraturan.
- Sentiasa memantau setiap jadual pertandingan, latihan dan pertandingan dalam semua aktiviti kokurikulum demi pencapaian para atlet atau perserta murid mencapai kejayaan cemerlang.
- Merancang dan mengemaskini unit persijilan bagi memastikan para murid yang terlibat dalam semua aspek pertandingan memperolehi sijil masing-masing dengan baik.
- Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – rancangan jangka panjang /pendek.
– Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
– Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
– Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
– Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
– Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / negeri / kebangsaan.
– Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
– Menentukan tarikh temasya sukan sekolah, merentas desa, hari kokurikulum dan kegiatan lain.
– Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan aktiviti tahunan serta mengemaskini buku rekod aktiviti kokurikkulm.
– Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
– Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
– Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.