Ini sekolah kami. Nama sekolah kami ialah SMU(A) Darul Saadah Batu Karang. Di sinilah  bermulanya kami mengenal huruf dan seterusnya menimba pelbagai ilmu. Bertemankan rimbunan pohon-pohon getah dan bersimfonikan suara rimba kami dididik agar menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat.

Suasana yang nyaman dan udara yang segar ini bersesuaian dengan nama darul saadah y6anh bermaksud “Tanah Yang Bahagia”

SMU(A) Darul Saadah batu Karang ditubuhkan pada tahun 1978 hasil cetusan idea Tuan Haji Yusoff bin Ismail untuk melahirkan anak-anak di kampong ini sebagai insan yang kamil yang akan layak menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Di dirikan di Kampung Gual Payung yang jauh di  pedalaman dengan bertiangkan batang kayu dan beratapkan rumbia.

Pada penghujung tahun 1979 sekolah kami dipindahkan ke pinggir jalan raya dengan binaan baru dan separa kayu. Pada 22 Januari 1980 bersamaan 4 Rabiul awal 1400 sekolah baru ini dirasmikan oleh timbalan menteri Besar Kelantan pada masa itu iaitu Dato Haji Husin bin Ahmad.

Tiga orang pengetua sudah berkhidmat  dan meninggalkan jasa di sekolah ini. Bermula dengan Ustaz Najimudin bin Abd Rahim, Ust Abd Aziz bin Abdul Rahman dan Tuan Haji Halim bin Muhamad. Pentengahan tahun 2017,sekolah kami menerima pengetua yang baru iaitu Ust Abd Haris @ Mohd Nasir bin Ghazali. Penolong Kanan Pentadbiran ,Pn Saloma binti Abdullah dan Penolong Kanan HEM,Ust Mohd Rawi bin Che Omar. Pelajar sekolah kami seramai 137orang dan terdiri daripada 6 kelas ibtidai dan 3 kelas iddadi. Kami dididik oleh 16 orang guru termasuk 3 pentadbir.

Kecemerlangan sekolah kami telah terbukti dengan pencapaian akademik dan juga kokurikulum. Semoga sekolah kami akan terus cemerlang dengan dokongan Misi Sekolah iaitu “ MENYEMAI DAN MEMBANGUNKAN PENDIDIKAN RABBANI UNTUK MEMBINA SAHSIAH DAN KECEMERLANGAN PELAJAR BAGI MEMENUHI ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN.